Islam Itu Indah Jika Kita Memahami

Islam yang adalah suatu agama yang mengajak kita semua mengenal erti keindahan dan ketenanagn jiwa.

Pentingnya Al-Quran Dalam Hidup Seharian Kita

Al-Quran adalah kitab pegangan umat islam akhir zaman yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Inilah Fitnah Dunia Akhir zaman

Kemewagan dan kemagahan di dunia tidak di pandang oleh Allah,hanya amal dan taqwa sebagai bekalan hidup di alam akhirat nanti.

Solat Itu Fardhu Bagi Setiap Orang Islam

Ketahuilah soalan yang akan di tanya apabila kita masuk ke alam kubur dan hi hadapkan kepada Allah di padang Mahsyar adalah solat 5 waktu.

Khalimah tauhid,khalimah MengESAkan Allah Sebagai Khalid

Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!Inilah ilmu tauhid yang sebenar-benarnya.


Showing posts with label #ingatAllah. Show all posts
Showing posts with label #ingatAllah. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

TIPS APABILA MARAH Sunnah Nabi

Kalau rasa nak terlalu geram, rasa marah yang meluap-luap, rasa jantung berdegup kencang sebab tahan marah, maka ketika itu kita berada dalam keadaan marah yang kritikal.

Ada beberapa tips daripada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mana telah saya muatkan bab ini dalam buku #MotivasiDaripadaHadithNabi.

Berikut beberapa tips yang digarap daripada hadith-hadith Nabi.

1. Membaca ta'awuz yakni aa'uzubillahi minassyaitan (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ)
Maksudnya:

"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan."

Tips ini berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

2. Ambil wudhu'/air sembahyang. Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud dimana Nabi kata bahawa marah itu berpunca daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api. Api akan padam dengan air maka ambillah wudhu'.

3. Duduk kalau marah dalam keadaan berdiri. Jika tidak dapat juga maka tidur atau lelap sebentar.

Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud & Ahmad yang mana ianya menekankan aspek bertenang ketika marah.

Biasanya, duduk dapat lebih menenangkan diri berbanding berdiri dan tidur pula lebih efektif untuk mengawal kemarahan yang membara. Lepas tidur biasanya kemarahan kita pun dah berkurang. Kita juga lebih tenang dan rasional selepas tidur.

Semoga tips daripada hadith ini dapat memberikan panduan berguna dalam kehidupan.

Tulisan: Ad-Dien Abdul Kadir
Khamis 03/11/2016
@nota_tasawwuf

Saturday, October 1, 2016

Salam maal hijrah 1 Muharam 1438

01 Muharram 1438H
02 Oktober 2016M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Syurga Firdaus...

البحر المديد في تفسير القرآن المجيد
اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا   ۙ

"Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal"
[Al-Kahf: 107]

خٰلِدِيْنَ فِيْهَا لَا يَـبْغُوْنَ عَنْهَا حِوَلًا

mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin pindah dari sana.
[Al-Kahf: 108]

يقول الحقّ جلّ جلاله: {إِن الذين آمنوا} بآيات ربهم ولقائه، {وعملوا} الأعمال {الصالحات كانت لهم}؛ فيما سبق من حكم الله تعالى ووعده، {جنَّاتُ الفردوسِ}، وهي أعلى الجنان.

Allah Al-Haq Jalla jalaluhu, berfirman:
{Sesungguhnya Orang-orang yang beriman} dengan ayat-ayat Robb-nya dan pertemuan dengan-Nya, (Liqo') {dan mereka beramal kebajikan } dengan segala amalan {Sholihah, maka bagi mereka}: segala apa yang telah Allah tetapkan dari hukum Allah ta'ala dan segala apa yang telah di janjikan-Nya.

وعن كعب: أنه ليس في الجنة أعلى من جنة الفردوس، وفيها الآمرون بالمعروف والناهون عن المنكر، أي: أهل الوعظ والتذكير من العارفين.

Diriwayatkan dari Ka'ab:
Bahawa sesungguhnya tidak ada syurga yang lebih tinggi dari syurga Firdaus, yang mana yang menjadi penghuni didalamnya ialah: para penyeru kebajikan (Al-ma'ruf) dan para pencegah dari kemungkaran, atau para pemberi nasihat dan peringatan dari golongan 'Arifiin (ahli ma'rifat).

وعن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال:"
في الجَنَّةِ مِائَةُ دَرَجَةٍ، ما بَيْنَ كُل دَرَجتين كما بَيْنَ السَّمَاءِ والأرْض،  فانه اوسطها وأَعلاها الفِرْدَوس، ومِنْها تَفَجَّرُ أنْهَارُ الجنَّةِ، فَوْقَها عَرْشُ الرحمن، فإذَا سَأَلْتُمُوا اللهُ فَسَلُوهُ الفِرْدَوْسَ

Dan dari Rasulullah SAW, bahawa sesungguhnya beliau telah bersabda:
"Di dalam Syurga ada 100 darjat, yang mana dari setiap dua darjat, jaraknya laksana langit dan bumi, yang tertinggi di antara syurga-syurga itu ialah Syurga Firdaus,  kerana ia merupakan Syurga yang pertengahan dan yang tertinggi, dan darinya terpancar sungai-sungai syurga, tepat diatasnya (Firdaus) 'Arsy Ar-Rohman: Singgahsana Allah Ar-Rahman, Jika kalian memohon syurga kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya syurga Firdaus",
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

". وقال أيضًا صلى الله عليه وسلم: "
جنان الفردوس أربع: جنتان من فِضَّةٍ، أبنيتهما وآنيتُهُما، وجنَّتان من ذهب، أبنيتهما وما فيهما، وما بين القوم وبين أن ينظُرُوا إلى ربهمْ إلا رِدَاءُ الكبْرياءِ على وَجْهِه

Beliau Shollallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda : "Syurga Firdaus itu ada empat macam":
Dua Syurga yang terbuat dari Perak, yang mana telah Aku bangun keduanya dan telah Aku sendirikannya,
Dua Syurga yang terbuat dari Emas, yang telah Aku bangun dan segala apa yang ada di dalamnya, di mana jarak diantara mereka (penghuninya) jika mereka hendak melihat Robb-mereka,  laksana tinggal menyingkapkan saja selendang kesombongan pada wajah-Nya.

وقال قتادة: الفردوس: ربوة الجنة. وقال أبو أمامة: هي سرة الجنة. وقال مجاهد: الفردوس: البستان بالرومية. وقال الضحاك: هي الجنة الملتفة الأشجار.

Qatadah mengatakan: bahawa Firdaus adalah puncak syurga, (letaknya paling tengah dan paling utama), Abu Umamah  mengatakan: bahwa Firdaus adalah bahagian tengahnya syurga.
Mujahid berkata: Al-Firdaus bererti kebun menurut bahasa Romawi. Sedangkan Ka'ab, A-suddi dan adh-Dhahak mengatakan: Iaitu kebun yang di dalamnya terdapat bermacam-macam pohon Anggur.

كانت لهم {نُزُلاً} أي: مقدمة لهم عند ورودهم عليه، على حذف مضاف، أي: كانت لهم ثمار جنة الفردوس نُزلاً، أو جعلنا نفس الجنة نُزلاً، مبالغةً في الإكرام، وفيه إيذان بأن ما أعدَّ الله لهم على ما نطق به الوحي على لسان النبوة بقوله: "

Bagi mereka {menjadi tempat tinggal} yakni : sebagai tempat perjamuannya dan peristirahatannya, atau : didahulukan bagi mereka tatkala diturunkan kedalamnya (Al-firdaus) / "hadf mudhof" (dalam istilah tata bahasanya) maksudnya: telah tersediakan bagi mereka segala buah-buahan dari syurga firdaus, tatkala mereka bertempat tinggal di dalam syurga firdaus tersebut, atau telah Kami jadikan syurga firdaus itu sendiri sebagai tempat tinggal mereka, sebagai mubalaghoh di dalam penghormatannya, dan di maksudkan disini sebagai seruan dari segala apa yang telah Allah janjikan bagi mereka, yang telah di firmankan dalam Al-Quran:

أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خَطَرَ على قلب بشر

"Telah Aku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang Soleh, segala apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah terlintas sama sekali pada hati seseorang".

. هو بمنزلة النُزُل بالنسبة إلى الضيافة وما بعدها، وإن جُعِلَ النُزل بمعنى المنزل؛ فظاهر. {خالدين فيها لا يبْغُون عنها حِوَلاً} أي: لا يطلبون تحولاً عنها؛ إذ لا يتصور أن يكون شيء أعز عندهم، وأرفع منها، حتى تنزع إليه أنفسهم، أو تطمح نحوه أبصارهم. ونعيمهم مجدد بتجدد أنفاسهم، لا نفادَ له ولا نهاية؛ لأنه مكون بكلمة "كن"، وهي لا تتناهى.

Hal tersebut ibarat dijadikan tempat tinggal, diibaratkan sebagai tetamu didalamnya dan setelahnya, dan apabila ibarat dijadikan tempat tinggal tersebut sebagai rumah, maka sudah jelaslah: {mereka kekal didalamnya dan mereka tidak mau berpindah dari sana sedikitpun}, iaitu mereka tidak memilih tempat selain darinya, dan tidak suka kepada tempat lainnya.

Sebagaimana tidak pernah terlukis oleh mereka sesuatupun yang lebih agung darinya dan lebih tinggi darinya (Al-Firdaus) sehingga tunduklah diri mereka serta terpesonalah mata mereka terhadapnya.

Bahkan kenikmatannya senantiasa bertambah seperti baru, laksana jiwanya yang senantiasa diperbaharui, tiada terputus dan tiada akhir baginya, dikeranakan ia berlaku atas firman Allah "Kun" = Jadi!  maka ia tiada berakhir selamanya.

Justeru, berusahalah ke arah itu. Berhijrahlah dari kejahilan kepada kebaikan dan yang lebih baik...

(Salam Maal Hijrah 1438H
Ikhlas dari:
Muzakir Bin Zoriat & keluarga)

Monday, September 26, 2016

Sentiasa Ingat Allah & Menyatakan Allah

Dalam masa 24 jam. Pernah tak dalam sejam kita ingat Allah.

Tu pom belum tentu ingat dalam sejam. Ada orang dalam 24 jam tak ingat lansung pada Allah.

Lepas ni jangan tanya kenapa Allah turunkan ujian.

Muhasabah diri. Wallahu a'lam