Islam Itu Indah Jika Kita Memahami

Islam yang adalah suatu agama yang mengajak kita semua mengenal erti keindahan dan ketenanagn jiwa.

Pentingnya Al-Quran Dalam Hidup Seharian Kita

Al-Quran adalah kitab pegangan umat islam akhir zaman yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Inilah Fitnah Dunia Akhir zaman

Kemewagan dan kemagahan di dunia tidak di pandang oleh Allah,hanya amal dan taqwa sebagai bekalan hidup di alam akhirat nanti.

Solat Itu Fardhu Bagi Setiap Orang Islam

Ketahuilah soalan yang akan di tanya apabila kita masuk ke alam kubur dan hi hadapkan kepada Allah di padang Mahsyar adalah solat 5 waktu.

Khalimah tauhid,khalimah MengESAkan Allah Sebagai Khalid

Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!Inilah ilmu tauhid yang sebenar-benarnya.


Showing posts with label #segerasolat #ingatAllah #Azandahpanggil #solatcepat. Show all posts
Showing posts with label #segerasolat #ingatAllah #Azandahpanggil #solatcepat. Show all posts

Monday, October 24, 2016

Kewujudan Allah..kenyataan Allah

يجوز في حقه فعل الممكنات   بأسرها وتركها في العدمات

Harus Bagi Allah menciptakan makhluk atau membiarkannya tiada.

Makhluk seluruhnya pada hakikatnya ialah sesuatu selain dari Allah.

Harus bagi Nya mewujudkannya  pada masa yang sama harus juga bagi Nya membiarkannya tiada. Namun kewujudan makhluk tiada sesekali menyertai wujudNya kerana wujud yang asli itu (wujud Allah) tiada mengisi ruang dan mengambil tempat.

Makhluk seluruhnya tiada wujud melainkan diwujudkan dan mustahil ia wujud dengan sendirinya , hanyasanya ia wujud dengan wujudNya.
Sedang wujud makhluk itu hanya menyatakan wujud Nya Yang Esa.

Saturday, October 1, 2016

Sentiasa Memohon bantuan dari Allah

بسم الله الرحمن الرحيم �� اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم
������������������������

Alhamdulillah, kami memuji, memohon pertolongan dan ampunan kepada Allah. Kami berlindung kepadaNya daripada jiwa kami dan daripada keburukan amal-amal kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah semata, yang tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya.

������������������������

Wednesday, September 28, 2016

Kelebihan solat di Awal waktu

السلام عليكم ورحمة الله...

Renungan malam ini : *Kelebihan & Perumpamaan Bersegera Memenuhi Panggilan Solat*.

أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُغِيرَةِ قَالَ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ عَنْ شُعَيْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْأَغَرُّ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا مَثَلُ الْمُهَجِّرِ إِلَى الصَّلَاةِ كَمَثَلِ الَّذِي يُهْدِي الْبَدَنَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْبَقَرَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْكَبْشَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الدَّجَاجَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْبَيْضَة.
Maksud hadith :-
Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Al Mughirah dia berkata; telah menceritakan kepada kami 'Uthman daripada Syu'aib daripada Az-Zuhri dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdurrahman dan Abu Abdullah Al Agharr bahawasanya Abu Hurairah menceritakan kepada keduanya bahawa Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam bersabda: "Perumpamaan orang yang bersegera ke masjid seperti orang yang berkorban seekor unta, kemudian yang datang selanjutnya seperti orang yang berkorban seekor lembu, orang lain yang datang setelahnya seperti orang yang berkorban seekor kambing, dan yang datang selanjutnya seperti orang yang berkorban seekor ayam, kemudian yang datang setelahnya seperti orang yang berkorban sebiji telur."(Hadith riwayat An-Nasaei : 854)