السلام عليكم ورحمة الله...
Renungan malam ini : *Kelebihan & Perumpamaan Bersegera Memenuhi Panggilan Solat*.
أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُغِيرَةِ قَالَ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ عَنْ شُعَيْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْأَغَرُّ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا مَثَلُ الْمُهَجِّرِ إِلَى الصَّلَاةِ كَمَثَلِ الَّذِي يُهْدِي الْبَدَنَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْبَقَرَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْكَبْشَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الدَّجَاجَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْبَيْضَة.
Maksud hadith :-
Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Al Mughirah dia berkata; telah menceritakan kepada kami 'Uthman daripada Syu'aib daripada Az-Zuhri dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdurrahman dan Abu Abdullah Al Agharr bahawasanya Abu Hurairah menceritakan kepada keduanya bahawa Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam bersabda: "Perumpamaan orang yang bersegera ke masjid seperti orang yang berkorban seekor unta, kemudian yang datang selanjutnya seperti orang yang berkorban seekor lembu, orang lain yang datang setelahnya seperti orang yang berkorban seekor kambing, dan yang datang selanjutnya seperti orang yang berkorban seekor ayam, kemudian yang datang setelahnya seperti orang yang berkorban sebiji telur."(Hadith riwayat An-Nasaei : 854)





0 comments:
Post a Comment