Islam Itu Indah Jika Kita Memahami

Islam yang adalah suatu agama yang mengajak kita semua mengenal erti keindahan dan ketenanagn jiwa.

Pentingnya Al-Quran Dalam Hidup Seharian Kita

Al-Quran adalah kitab pegangan umat islam akhir zaman yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Inilah Fitnah Dunia Akhir zaman

Kemewagan dan kemagahan di dunia tidak di pandang oleh Allah,hanya amal dan taqwa sebagai bekalan hidup di alam akhirat nanti.

Solat Itu Fardhu Bagi Setiap Orang Islam

Ketahuilah soalan yang akan di tanya apabila kita masuk ke alam kubur dan hi hadapkan kepada Allah di padang Mahsyar adalah solat 5 waktu.

Khalimah tauhid,khalimah MengESAkan Allah Sebagai Khalid

Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!Inilah ilmu tauhid yang sebenar-benarnya.


Wednesday, September 28, 2016

Kelebihan solat di Awal waktu

السلام عليكم ورحمة الله...

Renungan malam ini : *Kelebihan & Perumpamaan Bersegera Memenuhi Panggilan Solat*.

أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُغِيرَةِ قَالَ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ عَنْ شُعَيْبٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْأَغَرُّ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ حَدَّثَهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا مَثَلُ الْمُهَجِّرِ إِلَى الصَّلَاةِ كَمَثَلِ الَّذِي يُهْدِي الْبَدَنَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْبَقَرَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْكَبْشَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الدَّجَاجَةَ ثُمَّ الَّذِي عَلَى إِثْرِهِ كَالَّذِي يُهْدِي الْبَيْضَة.
Maksud hadith :-
Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Al Mughirah dia berkata; telah menceritakan kepada kami 'Uthman daripada Syu'aib daripada Az-Zuhri dia berkata; telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin 'Abdurrahman dan Abu Abdullah Al Agharr bahawasanya Abu Hurairah menceritakan kepada keduanya bahawa Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam bersabda: "Perumpamaan orang yang bersegera ke masjid seperti orang yang berkorban seekor unta, kemudian yang datang selanjutnya seperti orang yang berkorban seekor lembu, orang lain yang datang setelahnya seperti orang yang berkorban seekor kambing, dan yang datang selanjutnya seperti orang yang berkorban seekor ayam, kemudian yang datang setelahnya seperti orang yang berkorban sebiji telur."(Hadith riwayat An-Nasaei : 854)

Tuesday, September 27, 2016

Amalan Paling mulia dan di utamakan Rasullulah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

                   اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ٍ

Dlm Sunan al-Tirmidzi, Abu Sa'id al-Khudri r.a juga berkata, Rasulullah SAW ditanya:

"Yg mana satu hamba paling tinggi darjatnya di sisi Allah Ta'ala pada hari kiamat?"

Baginda Nabi menjawab, "Org2 yg banyak berzikir kpd Allah."

Aku berkata, "Wahai Rasulullah, walaupun drpd org yg berperang di jalan Allah?"

Baginda menjawab, "Walaupun dia menebaskan pedangnya kpd org2 kafir dan musyrik sehingga pedangnya patah dan berlumuran darah, org2 yg berzikir kpd Allah tetap lebih tinggi drpdnya."

(Sunan al-Tirmidzi, hadis No. 3703 - Bab keagungan zikir Rasulullah SAW)

Dan dlm Sunan al-Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah, Abu Darda' r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Mahukah aku beritahu kalian mengenai amalan terbaik dan paling murni di sisi Tuhan dan paling tinggi darjatnya di kalangan kalian, ia lebih baik drpd bersedekah emas dan perak, dan lebih baik utk kalian drpd bertemu musuh lalu kalian memutuskan lehernya?"

Mereka menjawab, "Ya kami mahu."

Baginda menjawab, "Iaitu Zikir kpd Allah!"

Al-Hakim Abu Abdillah dlm kitabnya, al-Mustadrak 'Ala al-Sahihain, mengatakan, "Hadis ini memiliki sanad sahih."

(Sunan al-Tirmidzi hadis No. 3704, Ibnu Majah No. 3922) Al-Mustadrak al-Hakim: Jilid 1, Kitab al-Du'a, al-Takbir, al-Tahlil, al-Tasbih dan al-Zikr: 17,25: 1825

Keindahan RASA

*keindahan*

Keindahan yg sebenarnya adalah bilamana "rasa" itu tercapai..
bukan lagi sangkaan semata2..
tetapi jiwa yg bersatu dlm penyaksian..
bila mana 2 itu menjadi 1....

-melalui al faqir

Monday, September 26, 2016

Sentiasa Ingat Allah & Menyatakan Allah

Dalam masa 24 jam. Pernah tak dalam sejam kita ingat Allah.

Tu pom belum tentu ingat dalam sejam. Ada orang dalam 24 jam tak ingat lansung pada Allah.

Lepas ni jangan tanya kenapa Allah turunkan ujian.

Muhasabah diri. Wallahu a'lam

Sunday, September 25, 2016

Menyaksikan keberadaan Allah-kenal Allah,kenal diri

Assalmualaikm...

��بسم الله الرحمن الرحيم ، اللهم صل على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ��

��KITAB SIRR AL ASRAR

��Menyaksikan Allah S.w.t (Bah.Akhir)

Tujuan diciptakan alam maya adalah untuk ditemui khazanah rahsia itu. Allah berfirman melalui Rasul-Nya:

“Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali”.

Ini bermakna Dia boleh dikenali di dalam dunia ini melalui sifat-sifat-Nya. Tetapi untuk melihat dan mengenali Zat-Nya sendiri hanyalah boleh terjadi di akhirat. Di sana melihat Allah adalah secara langsung sebagaimana yang Dia kehendaki dan yang melihatnya adalah mata bayi hati.

“Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat”. (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).

Nabi s.a.w bersabda, “Aku melihat Tuhanku di dalam rupa jejaka tampan”. Mungkin ini adalah bayangan bayi hati. Bayangan adalah cermin. Ia menjadi alat untuk menzahirkan yang ghaib. Hakikat Allah Yang Maha Tinggi tidak menyerupai sesuatu samada bayangan atau bentuk. Bayangan adalah cermin, walaupun yang kelihatan bukanlah cermin dan bukan juga orang yang melihat ke dalam cermin. Fikirkan tentang itu dan cubalah memahaminya kerana ia adalah hakikat kepada alam rahsia-rahsia.

Tetapi semuanya berlaku pada makam sifat. Pada makam Zat semua kenyataan hilang, lenyap. Orang yang di dalam makam Zat itu sendiri lenyap tetapi mereka merasai zat itu dan tiada yang lain. Betapa jelas Nabi s.a.w menggambarkannya, “Aku daripada Allah dan yang beriman daripadaku”. Dan Allah berfirman melalui Rasul-Nya:

“Aku ciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya Wujud-Ku sendiri”.

Maksud Wujud Allah adalah Zat-Nya Yang Maha Suci, menyata di dalam sifat-sifat-Nya Yang Maha Mengasihani. Ini dinyatakan-Nya melalui Rasul-Nya:

“Rahmat-Ku mendahului murka-Ku”.

Rasul yang dikasihi Allah adalah cahaya kebenaran sebagaimana Allah berfirman:

“Tidak Kami utuskan engkau melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam”. (Surah Anbiyaa’, ayat 107).

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menerangkan kepada kamu beberapa banyak dari (isi Kitab) yang kamu sembunyikan, dan ia tidak ambil tahu berapa banyak. Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan Kitab yang menerangkan”. (Surah Maaidah, ayat 15).

Pentingnya utusan Allah yang dikasihi-Nya itu jelas dengan firman-Nya kepada baginda, “Jika tidak kerana engkau Aku tidak ciptakan makhluk”.

@QalamIlmu