Islam Itu Indah Jika Kita Memahami

Islam yang adalah suatu agama yang mengajak kita semua mengenal erti keindahan dan ketenanagn jiwa.

Pentingnya Al-Quran Dalam Hidup Seharian Kita

Al-Quran adalah kitab pegangan umat islam akhir zaman yang di turunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Inilah Fitnah Dunia Akhir zaman

Kemewagan dan kemagahan di dunia tidak di pandang oleh Allah,hanya amal dan taqwa sebagai bekalan hidup di alam akhirat nanti.

Solat Itu Fardhu Bagi Setiap Orang Islam

Ketahuilah soalan yang akan di tanya apabila kita masuk ke alam kubur dan hi hadapkan kepada Allah di padang Mahsyar adalah solat 5 waktu.

Khalimah tauhid,khalimah MengESAkan Allah Sebagai Khalid

Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!Inilah ilmu tauhid yang sebenar-benarnya.


Tuesday, November 8, 2016

TIPS APABILA MARAH Sunnah Nabi

Kalau rasa nak terlalu geram, rasa marah yang meluap-luap, rasa jantung berdegup kencang sebab tahan marah, maka ketika itu kita berada dalam keadaan marah yang kritikal.

Ada beberapa tips daripada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mana telah saya muatkan bab ini dalam buku #MotivasiDaripadaHadithNabi.

Berikut beberapa tips yang digarap daripada hadith-hadith Nabi.

1. Membaca ta'awuz yakni aa'uzubillahi minassyaitan (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ)
Maksudnya:

"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan."

Tips ini berdasarkan hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

2. Ambil wudhu'/air sembahyang. Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud dimana Nabi kata bahawa marah itu berpunca daripada syaitan dan syaitan itu dicipta daripada api. Api akan padam dengan air maka ambillah wudhu'.

3. Duduk kalau marah dalam keadaan berdiri. Jika tidak dapat juga maka tidur atau lelap sebentar.

Tips ini daripada hadith riwayat Abu Daud & Ahmad yang mana ianya menekankan aspek bertenang ketika marah.

Biasanya, duduk dapat lebih menenangkan diri berbanding berdiri dan tidur pula lebih efektif untuk mengawal kemarahan yang membara. Lepas tidur biasanya kemarahan kita pun dah berkurang. Kita juga lebih tenang dan rasional selepas tidur.

Semoga tips daripada hadith ini dapat memberikan panduan berguna dalam kehidupan.

Tulisan: Ad-Dien Abdul Kadir
Khamis 03/11/2016
@nota_tasawwuf